QR KOD

Kod QR (singkatan frasa Inggeris quick response) adalah sejenis kod bar generasi kedua. Ia merupakan sejenis penyimbolan dua dimensi yang telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Jepun iaitu Denso Wave dan telah dikeluarkan pada tahun 1994. Kod QR dapat menyimpan maklumat lebih banyak daripada kod bar UPC biasa kerana ia mengandungi maklumat secara menegak serta mendatar. Kod ini terdiri daripada modul hitam (titik segi empat) disusun dalam pola segi empat pada latar putih. Penggunaan kod QR membolehkan maklumat dihantar dari dunia fizikal ke alat mudah alih.
Kod ini paling banyak digunakan untuk tujuan pengiklanan, di mana pengimbasannya yang segera boleh membawa pengguna kepada laman sesebuah jenama dalam masa siaran iklan yang singkat tanpa perlunya memaparkan URL yang biasa untuk tujuan yang sama. Kod QR yang menyimpan alamat dan URL juga boleh tertera pada bahan cetak seperti majalah dan kad, papan tanda atau kenderaan yang boleh dikesan dan diimbas pengguna menggunakan aplikasi yang bersesuaian dalam telefon bimbit berkamera mereka yang disambung pada suatu rangkaian mudah alih.
Pada kuliah sebelum ini, pensyarah telah memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara menggunakan kod QR. Tujuan kod QR ini dipelajari oleh kami adalah untuk mengakses video tutorial tentang teknk-teknik dalam bidang seni yang dipilih oleh setiap kumpulan dan individu. Video-video tersebut telah dimuat naik di dalam Youtube. Pertama sekali, pensyarah membawa kami melayari beberapa laman sesawang yang boleh digunakan untuk mencipta kod QR tersendiri. Antara laman yang web yang diperkenalkan ialah:
https://www.qrcode-monkey.com/  https://www.qr-code-generator.com https://www.qrstuff.com/ https://www.unitag.io/qrcode
Namun, laman web yang digemari adalah laman https://www.qrcode-monkey.com/. Laman web tersebut tidak memerlukan sebarang bayaran log masuk oleh mana-mana pengguna. Saya tertarik kerana interface yang menarik dan meyakinkan pengguna. Selain itu, pengguna dapat mereka sendiri corak kod QR yang diingi. Pengguna boleh menentukan sendiri corak, warna dan logo. Sebelum mereka corak kod QR, letakkan terlebih dahulu URL video ke dalam content. Selepas URL video dan mereka corak kod QR dibuat, tekan create QR code dan muat turun. Bagi mengakses ko QR, pengguna haruslah memuat turun QR code Reader.
Secara keseluruhannya, mempelajari membuat kod QR ini tidaklah susah kerana terdapat banyak laman web yang boleh digunakan untuk mencipta kod QR tersendiri dengan langkah-langkah yang mudah. Kebaikkan kod QR ini semestinya menjimatkan masa serta memudahkan pengguna untuk mengakses sesuatu dengan mudah.

Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.